Wednesday 2 September 2015

CIRI-CIRI SAHABAT BAIK

Tanpa sahabat, hidup kita tidak akan lengkap, oleh itu pilihlahsahabat yang baik dan jadilah sahabat yang baik. Berikut merupakan ciri-ciri sahabat yang baik:
  • Apabila kamu berbakti kepadanya, dia akan melindungimu
  •  Apabila kamu merapatkan persahabatan bersamanya, dia akan membalas balik persahabatan tersebut
  • Apabila meminta pertolongan daripadanya, dia akan membantumu
  • Apabila kamu menghulurkan kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
  • Apabila kamu memohon bantuan daripadanya, dia akan menghargai atau menyebut akan kebaikanmu
  • Apabila dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
  • Apabila kamu memohon bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
  • Apabila kamu berdiam diri kerana malu hendak meminta, dia akan menanyakan kesusahanmu
  • Apabila datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu
  • Apabila kamu berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu
  • Apabila kamu berdua berselisih faham, dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga persahabatan
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawap dan melaran melakukan perkara buruk serta maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan juga akhirat

No comments:

Post a Comment