Wednesday 7 October 2015

I LIVE MY OWN LITTLE WORLD BUT ITS OKAY THEY KNOW ME HERE

Saturday 3 October 2015

JANGAN BERSEDIH ALLAH BERSAMA KITA

Apabila asyik duduk termenung mengenangkan nasib, akhirnya tersedar dari lamunan. Rupanya kehidupan ini hanyalah sementara. Akhirat sana kekal abadi, menanti saat tiba masanya dunia ini berakhir. Ujian yang sedikit itu telah melupakan diri tentang nikmat Ilahi yang tidak terhitung. Ya Allah... betapa dhaifnya diri ini... Jadikanlah ujian ini untuk menambahkan iman bukan berputus asa dari rahmat Tuhan.

...maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya Segala urusan kami)". [Ali-Imran: 173]

Pengalaman sering mematangkan kita. Siapa yang tidak mengalaminya tidak akan memahami maksudnya. Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal dia akan mengetahui tentang keajaiban tawakkal. Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb, dia akan menyerahkan segala urusannya kepada Tuhannya.

Kita sering lupa kita masih punya kehidupan akhirat. Apabila kita melihat dunia ini dari dimensi akhirat, kita akan merasakan dunia ini sangat kecil... kehidupan ini sangat luas. Masihkah kita ingat nikmat Allah kepada kita? Syukurilah segala nikmat yang Allah berikan kepada kita kerana nikmat Allah itu tidak terhitung banyaknya. Apa yang Allah kurniakan kepada kita lebih dari harapan kita.

Dan ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. [Ibrahim: 34]

 Pesan Rasulullah....
“La tahzan, innalLaha ma’ana”
"Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita". [At-Taubah: 40]

* * * * * * * * * *
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam...
Ya Allah, thabatkan langkahku dan sahabat-sahabatku dalam  perjuangan dan di jalan dakwah ini...

Teen Quotes.

When someone compliments you, take it. It means something beautiful has caught their eye
I know how it's hard to hold your tears back. Deep inside you feel like bursting out. You've got to keep your head held up high.
You know, there are still gentlemen out there girls, but a gentleman is going to go after a lady, not a hoe.
We should love, not fall in love. Because everything that falls gets broken.
You never realize how much you love someone until you watch them love someone else.
Never settle for anything less than that feeling you get in your tummy. The one that never happened with anyone else. The one that tells you he the one.
The first to apologize is the bravest, the first to forgive is the strongest, and the first to forget is the happiest.
Cheating on a good girl is like throwing away a diamond and picking up a rock.

CERITA HANTU PALING SERAM KAT HOSTEL

cerita ni berlaku kat hostel dekat negeri perlis. malam itu, kami bercerita tentang kes seorang budak yg kena rasuk kat sekolah.  time tu jugak,dua orang daripada kami,pergi ke tandas dan tinggal kami 4 org di katil atas. seorang daripada kami,terdengar satu suara tangisan berdekatan katil sebelah. dia bertanya '' Hampa dengaq apa apa dak?" dengan nada yg cemas. pada masa yg sama, ada orang kena tarik kaki. kami semua sudah dah cuak. kami berpelukan sesama sendiri dan berharap dua orang yg pergi ke tndas itu pulang dgn segera. wktu semua tgh menangis,kami terdengar bunyi ketukan di tingkap sebelah katil kami. time tu kmi hnya boleh berdoa pada tuhan agar semuanya selamat. tiba-tiba rambut rakan kmi ditarik dgn kasar. kmi berasa yg malam itu,malam terakhir kami.tapi kami telah bernasib baik kerna dua orang yg pergi ke tndas sudah pulang. kami saling berpelukan dan tidur berhimpit malam itu. dan semuanya selamat.
ALHAMDULILLAH bersyukur kepada Allah SWT

Wednesday 2 September 2015

CIRI-CIRI SAHABAT BAIK

Tanpa sahabat, hidup kita tidak akan lengkap, oleh itu pilihlahsahabat yang baik dan jadilah sahabat yang baik. Berikut merupakan ciri-ciri sahabat yang baik:
  • Apabila kamu berbakti kepadanya, dia akan melindungimu
  •  Apabila kamu merapatkan persahabatan bersamanya, dia akan membalas balik persahabatan tersebut
  • Apabila meminta pertolongan daripadanya, dia akan membantumu
  • Apabila kamu menghulurkan kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
  • Apabila kamu memohon bantuan daripadanya, dia akan menghargai atau menyebut akan kebaikanmu
  • Apabila dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
  • Apabila kamu memohon bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
  • Apabila kamu berdiam diri kerana malu hendak meminta, dia akan menanyakan kesusahanmu
  • Apabila datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu
  • Apabila kamu berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu
  • Apabila kamu berdua berselisih faham, dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga persahabatan
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawap dan melaran melakukan perkara buruk serta maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan juga akhirat

DI SEBALIK WAJAH

DI SEBALIK WAJAH YANG RIANG,
ADA TERSIMPAN 1 PERASAAN ... IAITU KESUNYIAN .
HATI NYA YANG PENUH KESUNYIAN TIADA SIAPA
YANG TAHU.
DISEBALIK SUNYI TU, ADA KESEDIHAN YANG DIALAMI... .
WAJAH YANG RIANG INI LAH TIADA SIAPA YANG TAU APA YANG DIALAMINYA.
GELAK KETAWA NYA HANYA UNTUK MENGHIBURKAN HATINYA DAN ORANG
DISEKELILING... . ADAKAH DIA MENIPU DIRINYA SENDIRI...??